Nak Memulakan Tabiat Baru?

Ummi nak berkongsi tips memulakan tabiat baru yg diberi oleh Peg. Psikologi di tempat keje ummi..

  • Kajian membuktikan yang setiap tabiat baru dapat dikekalkan selepas amalan selama 21 hari.
  • Jika anda memulakan suatu tabiat baru, (contoh : berhenti merokok, mula bersenam) jangan beritahu diri anda( minda sedar) bahawa anda terpaksa lakukan perubahan itu seumur hidup tetapi anda hanya perlu lakukan perubahan itu selama 21 hari.
  • Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan ini perlu dilakukan seumur hidup, banyak perkara yang anda pertimbangkan dan kebiasaanya membawa kepada perasaan ragu-ragu. Perasaan ragu-ragu ini selalunya merencatkan setiap tindakan yang anda akan ambil.
  • Selepas 21 hari, tabiat baru dan rutin baru akan terbentuk dan minda sedar anda akan dapat membuat pertimbangan yang lebih jelas dan wajar.
  • Jadi mulai esok, jika ada perubahan yang perlu anda lakukan, cuba secara istiqamah selama 21 hari. Dan lihat sendiri hasilnya.
Kita buat, kita dapat..:) so selamat mencuba!!

Comments

Popular posts from this blog

Sehari di ACC, GH Penang

Jalan jalan Aquaria KLCC

Makan2 siput @ hutan lipur bkt panchor