Ramadhan 1438H

Hari ni 12 Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ni kita berjaya lalui bulan yg mulia ni dengan nikmat tubuh badan yg sihat, semoga berkekalan hingga ke hujung Ramadhan..amin. 
Tahun ni anak2 ummi bersemangat terawih..belum ponteng lagi kita berterawih di Masjid Daerah Pt Buntar, Kita pilih masjid ni sebab masjid ni sejuk, so selesa nk tunaikan ibadah terawih walaupun hampir setiap malam masjid ni dipenuhi jemaah.

Balik dari solat ayah akan belanja air. Tiap2 malam mesti singgah kedai beli teh ais dan milo ais ikat tepi! Ummi dan ayah layankan je anak2..ada sekali tu, peniaga tu tanya raymee dan deqna, adik solat masjid mana? Deqna selamba ja turun beli air pakai telekung. hehehe. Raymee bgtau kakak tu, kami sembahyang kat masjid meatball! Pening kepala kakak tu dengar agaknya. 

Kenapa masjid meatball? Sebabnya masjid daerah tu dekat dengan kedai meatball..dan ayah dah janji, dapat empat kali solat terawih..ayah akan belanja meatball. hahaha..so raymee buat kesimpulan mudah..panggil je masjid tu masjid meatball. bertuah punya anak. 

Mudah2an kita diberi kekuatan utk terus beribadat hingga ke hujung ramadhan...bila tgk anak2 ummi bersemangat..ummi dan ayah pun tumpang semangat..walau kadang2 ada je hari yg rasa nak angkat kepala pun tak larat lepas berbuka tu.. ;)

Masjid meatball raymee :)

Comments

Popular posts from this blog

Happy bestday to ummi!

Sehari di ACC, GH Penang