Sehari di ACC, GH Penang
24.06 - ummi bangun pkl 4.45am. eh berdebar2 hati ummi. walaupun minor operation saja, tapi tetap operation kan? Ummi kejut ayah pkl 5.15, ayah kata pkl 5.30 boleh? huhu. itulaaahh..penangan bola. siap2 semua, kakak dan dekna pun bangun awal jugak. pagi tu ustaz shihan tlg dtg ambik anak2 ummi ke sekolah. balik sekolah pulak cikgu zahari tlg hantar. terima kasih byk2 shihan dan zahari, semoga Allah balas jasa baik kalian berdua.
kita sampai di GH pkl 7.20 pg. memusing cari parking, ingatkan dh awal sgt la tuh. ramai lagi awal. penuh dh parking. sudahnya kena parking di multi level parking jugak. jauh sikit menapak. pagi2 semua bertenaga. tapi ayah dukung raymee. sayangnya ayah pd anak jantan sorang ni. ummi sayang jugak. dalam kereta tadi ummi ngan ayah tak banyak berckap. last rwtn di ENT, dr dh terangkan risiko operation ni. walaupun 99% operation ni berjaya, tapi tetap ada risikonya. ummi dan ayah takde pilihan. kalau dibiarkan, mungkin pendengaran raymee akn terjejas. so kami setuju. hanya pd Allah tempat bergantung harap.
sampai dah. kt bawah tu ada tulis wad denggi. seriau. ummi banyak kali dgr di radio kes denggi makin banyak berbanding thn lepas. masuk pintu ni, ada nurse di kaunter depan tu. sister kot sbb pakai uniform biru. ummi bagi borang raymee pd dia, tunggu nama dipanggil. eh ramai juga pesakit yg perlu dibedah hari ni. kompius pulak ummi. agaknya teknologi makin canggih, ramai pesakit boleh dibedah dlam sehari. dlm hati main teka teki pulak.
ayah beli robot ni pada raymee. pandai ayah ambik hati anak. bab2 anak ni mmg ummi kalah ngan ayah. kalau tanya anak2 pun mesti diorg lagi sayang ayah. ummi kan garang..hehe. itu kakak yg kata. dekna je yg sayang ummi lebih dr sayang ayah. sebabnya ayah pernah 'berlakon' pukul ummi guna tali pinggang. ummi pun sama naik 'berlakon' sambil jerit mintak tlg, tak sangka pulak dekna bersungguh2 nangis masa tu. nangis sbb kesiankan ummi. heheh..sampai skrang dia akn ungkit kisah tu bila ditanya kenapa sayang ummi lebih dr sayang ayah? eh flash back cerita lain pulak. ok, sementara tunggu nama dipanggil..kita lepak di kerusi depan dewan bedah.
keadaan dalam wad pembedahan harian. dlm wad ni takde pesakit yg bermalam. info yg ummi dgr dr nurse yg berbual dgn pesakit, wad ni akn tutup dlm pkl 2-3 pm. ok, nama raymee dh dipanggil. memula, timbang berat. then raymee kena tukar baju. sementara tgu turn, nurse suruh rehat atas katil. dpt tepi tingkap. ummi suka. eh, lapar pulak. baru tringat ummi dan ayah belum brekpas. tak sampai hati nk makan sebab raymee sendiri kena puasa. sian anak ummi. ayah tanya nurse, giliran raymee no berapa. raymee dpt no 1 sebab budak2. alhamdulillah..
hari tak berapa panas kat luar. dlm pkl 9.00, nama raymee kena panggil. ayah temankan raymee masuk OT (operation theatre). ummi tunggu kat luar. dalam setengah jam ayah di dalam, then ayah keluar. ummi dan ayah nk g brekpas tapi bila tanya nurse, dinasihatkan seorang kena tunggu di wad. so ummi je turun beli brekpas. ayah boleh rehat. ummi tau, kalau ayah turun belum tentu ayah jumpa balik wad tu. hehehe..
pic dr hp ayah, sempat selfie sebelum ditolak ke bilik bedah.ceria anak ummi masa ni. ayah banyak bercerita dgn raymee kenapa raymee kena operate hari ni. disebabkan pembedahan yg raymee lalui kecik2 dulu (utk lip and cleft palate), kemungkinan besar ada air menakung di blkg gegendang telinga raymee. sebabnya, bila check up di ENT, gred pendengaran raymee tak berapa elok. raymee takde masalah pendengaran. boleh dengar dan bercakap mcm biasa. tapi dr risau ada kesan kalau air tu tak dikeluarkan. mungkin bernanah, then jadi infection. so utk elakkan ia terjadi, dr akn masukkan tiub dlm telinga raymee. melalui tiub ni air blkg gegendang tu boleh keluar dan pasti boleh menaikkan tahap pendengaran raymee. insyaAllah. itu harapan ummi dan ayah.
dlm 2 jam raymee dlm OT, then nama waris dipanggil. sekali lagi ayah masuk. ms tu ummi tgh makan.cepat2 ummi habiskan makan dan tunggu depan bilik bedah. lama ummi tunggu. dlm sejam tp raymee belum keluar lagi. akhirnya br nmpak ayah dukung raymee keluar.
ms raymee sedar dr bius, raymee nangis kuat bgtau sakit telinga. then dr bg ubat tahan sakit, lepas tu baru raymee boleh tidur. patutlah ayah lama di dalam OT. bila raymee dh bangun, dan dh stabil br ayah boleh bwk raymee keluar.
anak ummi dh makin ceria. raymee cuma bole minum air kosong saja. kalau dh ok dan tak muntah baru boleh minum air berperisa dan makan. sian anak ummi..nk telan air kosong pun mcm tak lalu tapi perut mesti dh lapar.
muka tak ceria kena minum air kosong. dlm 15-30 min, nampak raymee ok dan tak muntah. baru ayah bg air oren. raymee yg request air oren, tekak rasa payau agaknya.
sementara tunggu dr bius dan dr ent datang melawat dlm pkl 2, raymee dh tertido. ayah pun tumpang sekaki. alhamdulillah dh selesai prosedur yg asyik tertangguh ni. rsnya sebelum ni dh 3-4 kali operation ditangguh gara2 kesihatan raymee tak berapa baik.
kita discaj dr GH dlm pkl 3 lebih. masa Dr Sandie dari ENT dtg melawat, ayah dok tidur lagi. ummi tak perasan sebab ngah berbual ngan makcik depan katil raymee, juga operation bhg telinga. layanan di sini mmg memuaskan, dri nurse dan dr. nurse di hospital daerah je selalu garang, pesakit nk tanya pun takut. tapi kt ACC ni, alhamdulillah layanan dr diorg mmg baik dan mesra.
dari dalam kereta, sampai ke rumah raymee asyik tido je. kesan bius agaknya. alhamdulillah raymee tak demam. esoknya pkl 4am raymee dh bangun, puas tido agaknya.
semoga usaha kali ini mendatangkan kesan yang baik pada anak ummi..ya Allah, Kau lindungilah anakku ini dari kesan2 sampingan yang membahayakan...amin.
luhyad_hi Deanna Harris https://wakelet.com/wake/hBJWQ0zDt5P8LHHIuBc3E
ReplyDeletesetzmenrocyc
myrrtuXrio Tiffany Cannon 360 Total Security
ReplyDeleteWinRar
WinRar
reufurmager