Cameron Highland Mei 2017

Seminggu sebelum kita berpuasa, kita jalan2 ke CH. Seingat ummi last kita ke sana 3 tahun lepas. Last minute plan ni, ummi booking Grennhill Apartment di traveloka dgn harga rm230. 

Bertolak pukul 8.30++ dari rumah, ayah singgah isi minyak di RnR bkt gantang. Tetiba ayah bagitau minyak petrol meleleh dari tangki (bhg bawah). Cemas juga ummi dibuatnya, Terbayang kita terpaksa patah balik. Ayah keluar kuala kangsar dan cari bengkel. Alhamdulillah dalam setengah jam selesai masalah kereta. Kita sampai CH dalam pkl 1.30. 

Bila check in, apartment tu besar, sgt puas hati. Lega ummi..cuaca di CH pulak hujan..so kita tak banyak berjalan. Rehat je kat apartment..nk ke pasar malam pun tak boleh sebab parking penuh. Takpe..kita dtg utk releks..so tak boleh tension2..ada rezeki kita dtg lagi..hihi. Alasan.

Ok, jom layan gambar short vacation kita kali ni.

Hall

Bilik tok dan raymee

Bilik kakak dan deqna

Dapur lengkap dgn alatan memasak 

Bestnya si kecik ni tido


Kita singgah di Healthy Strawberry, makan aiskrim..sedappp!

rm6

Aiskrim malaysia strawberry nyummy! singgit lima kupang sebatang






Di ladang teh, masa ni dah dekat pukul 7..







Esoknya sebelum balik kita singgah di MARDI, tak banyak sgt bunga..byk yg baru ditanam..tapi view still cantik..





Strawberry celup coklat!




Lepas tu singgah di Abang Strawberry, Kampung Sedia..1st time singgah sini..ada nasik lemak sambal strawberry. Tak order pun..kita order aiskrim dan teh panas je. So far ok, boleh singgah lagi. Tapi nk parking susah sikit..jauh juga berjalan sbb ramai org masa ni.

Rm9. Sedap!
Ummi pun nak sikit

Budak2 hantu aiskrim

Bunga sakura penuh atas kepala deqna

Aufya nk aiskrim jugak ayah!

Di Miko Strawberry..1st time juga singgah sini. Cantik juga dalam ni..mcm2 tempat boleh ambil gambar..





Alhamdulillah..ada rezeki kita sampai lagi di CH, insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Terima kasih Allah

Makan2 siput @ hutan lipur bkt panchor