Kembali ke rutin biasa
Ummi dah start keje hari ni..huhuhu. rasa kejap je cuti seminggu. tinggal lagi seminggu je cuti sek. masa cuti nih mcm biasa banyak la kenduri kawen..kadang2 selang 3-4 bijik rumah ada kenduri lain pulak. iskk...boleh pulak wat kenduri sekampung serentak kan? seingat ummi...kt kampung2 nih cukup dijaga rukun tetangganya. nk adakan kenduri kawen serentak dlm sehari mmg tak boleh. tu sebabnya dulu ummi tak dpt nk adakan majlis kawen ms besday ummi sebab dah ada jiran yg 'chop' tarikh tu dan tulis siap2 kat board kt surau. ehehhe...alih2nya ummi buatla seminggu awal dr besday..huhuhu. sedey tau ms tu!
puas sungguh kita bercuti kali nih. pegi kenduri umah opismate2 ummi dan lepas tu kita balik umah tok ma di krai. awalnya cuma family kita dan auntie tini je yg balik. pastu hari khamis sampai pulak family uncle pendi dan uncle ndar. penuh umah tok ma ngan cucu2 sepuluh orang. dah lama jugak kakak, dekna ngan raymee tak jumpa sepupu2 diorg nih. sakan la yg main kejar2, main menyorok2, main dinosour dan segala mcm yg ada dlm umah tok ma. kube lana umah tok ma dikerjakan oleh cucu2.
hari sabtu kita bertolak balik ke perak, singgah pulak kt rumah mak ngah di kulim. tido rumah mak ngah, petang ahad baru kita bertolak balik rumah plak. itu pun tak direct balik rumah lagi, kita terus pulak ke kamunting, mengharung jalan yg sgt sesak dek kerana cuti sekolah. ummi nk jumpa auntie shima yg dtg dr kl. last februari kita g kl dan auntie shima open table, kali ni turn ummi pulak. so lepas semuanya selesai...kita sampai di rumah tepat pukul 12.00 tgh malam td. heheheh...sian ayah..mesti penat jd driver.
pagi ni dengan rs yg sgt malas ummi dtg keje..sib baiklah sekarang masih 'tempoh bertenang'...hehehe. so ummi bolehla rileks sket dan update blog yg dh seminggu tak diusik nih..:)
Comments
Post a Comment