Halaqah siaran 07.06.11
Lepas lipat kain malam tadi ummi golek2 depan tv...main tekan je channel nk tgk rancangan apa yg menarik dan at last ummi decide nak tgk halaqah @ tv9. tajuk yang dikupas malam tadi agak menarik iaitu '5 minit aje'. rupa2nya isu yg dibincangkan ialah tentang perhatian ibu bapa zaman sekarang terhadap anak2, tentang kasih sayang yang tidak dapat dikecapi oleh anak2, tentang kesibukan luar biasa yg dialami oleh ibu bapa zaman sekarang dalam mengejar duniawi hingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak2. ya Allah...sepanjang ummi tgk rancangan ni ummi tak dapat bayangkan betapa besarnya cabaran ummi dan ayah pd ms akn datang. bila anak2 ummi semakin membesar dan anak2 ummi terpaksa mengharungi kehidupan yang serba mencabar dalam dunia hari ini.
kakak tanya.. knp ummi mcm sedih? knp org dlm tv tu sedih ummi? dia cakap apa ummi? anakku sayang...ummi mmg sedih..sedih kalau ummi tergolong antara ibu bapa zaman sekarang yang terlalu mengejar duniawi hingga hilang perhatian terhadap anak2 ummi. sedih kalau anak2 ummi tidak mendapat ajaran agama yang cukup untuk menempuh segala mcm dugaan dalam dunia yg bakal menanti anak2 ummi nanti..kerdilnya diriku ya Allah..
kakak: kenapa ummi mcm sedih je?
ummi: ummi sedih kalau ummi tak dapat bimbing kakak dan adik2 kakak ke jalan Allah..
kakak: bimbing tu apa ummi?
kau masih masih kecil anakku...duniamu kini hanya belajar dan bermain..satu hari nanti anak2 ummi akn kenal betapa besarnya cabaran untuk kita hidup di dunia ini sayang...semoga Allah memberi ummi dan ayah kesabaran dan kekuatan untuk mendidik dan membentuk peribadimu agar menjadi anak yang soleh dan solehah...amin ya rabbal alamin..
Comments
Post a Comment