Kerabu Pelam

Pagi2 lagi teringat kerabu pelam. alkisahnya pokok pelam kat tepi rumah tu sekarang nih ngah berbuah. buah tu pulak mmgla sangat sedap, manis sgt kalau betul2 masak. tapinya buah pelam tu kalau besar sikit mesti merekah, kenapa ek. tok pun taktau sebab apa. ummi ni lagilah bukan pengkaji sebab musabab pelam jadi gitu. kesudahannya bila pelam tu agak 'sedang-sedang', tok pun terus ambik. kalau dibiarkan di pokok mmg akn rosak buah tu. sayang la pulak..

disebabkan pelam yg tak berapa nk masak nih tak berapa 'laku' di bulan posa, makanya tok pun dh sagat pelam2 yg dikutip tuh, letak dlm peti. tok tanya ummi, nk tak pelam nih. kalau tak nak alamatnya ke tong sampah la destinasi seterusnya. drpd dibuang, baik ummi try buat kerabu. hehehe...mmg tak pernah pun buat kerabu pelam sebelum nih. beli saja kalau teringin nk makan. tapi ptg nih ummi nk try buat kerabu pelam. ntah apa rasa. mudah2an menjadi. boleh buat pembuka selera gak tuh.. dlm banyak2 resipi yg ummi cari, ummi tertarik dgn resipi dr blog jintan manis nih.

Bahan-bahanya
5 biji mangga muda ( mangga telur)
1/2 biji bawang besar
1/2 biji limau nipis ( diperah jusnya)
2 sudu besar kacang goreng (ditumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk kasar)
sedikit belacan bakar ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
sedikit gula
sedikit garam
5 biji cili padi

Cara-caranya
1. Kupas mangga muda dan parut halus,
2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi, satukan dengan parutan mangga, jus limau nipis, kacang goreng dan udang kering yang siap ditumbuk kasar, sedikit gula dan garam, kacau sebati dan pastikan semua bahan mesra.

nampak mcm mudah je nk sediakan. so haruslah ummi try petang nih. walaupun menu nih bukan selera anak2 ummi dan suami. :)

Comments

Popular posts from this blog

Sehari di ACC, GH Penang

Jalan jalan Aquaria KLCC

Makan2 siput @ hutan lipur bkt panchor