Cikgu besar?

Kakak ngan dekna mmg selalu bertelagah...mmg susah nk capai kata sepakat dlm apa2 benda sekalipun..heheh. agaknya dh nama adik beradik nih mmg mcm tu lah fi'ilnya. Kalau bersembang dua beradik tu mesti masing2 nk tunjuk hebat. aduhai...kadang2 naik pening ummi layan dua beradik nih. si raymee tak pandai join lagi so takdaklah nk bergaduh mulut. kalau raymee, yg dia pandai tarik rambut kakak2 dia je kalau tak puas hati. si kakak2 pulak tak balas..redha je. paling tak pun kakak menangis mintak ummi atau ayah selamatkan rambut depa.

emmm..tajuk post ummi kali nih cikgu besar. bebabru nih ummi terdengar kakak ngan dekna bersembang dua beradik..

kakak: sekolah dekna tu ada cikgu besar tak?

dekna: takdak

kakak: sekolah kakak ada cikgu besar (mmg la sbb kakak dh sekolah rendah...kata ummi dlm hati jelah)

kakak sambung lagi: cikgu nor tu bukan cikgu besar sekolah dekna ka?

dekna: bukan la. cikgu nor cikgu tua.

ummi: ???? huhuhu...sian cikgu nor. kalau cikgu nor tau la dekna kata cikgu nor cikgu tua mesti kecik hati cikgu adik tu. hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Sehari di ACC, GH Penang

Jalan jalan Aquaria KLCC

Makan2 siput @ hutan lipur bkt panchor