Posts

Showing posts from June, 2011

Trip to Pulau Aman @ W25

Image
Minggu ni ummi ngan ayah dh decide nak ke pulau aman, batu kawan. dh banyak kali dgr cerita pasal pulau aman ni tapi kita tak pernah sampai lagi ke situ. lepas brekpas pagi sabtu tu, ummi siapkan anak2 ummi. ngok ngek ngok ngek bersiap, jam dah pun pkl 11.30. kita pun apa lagi punyala rushing sbb nk kejar bot pkl 1. dh sampai batu kawan, tersesat la pulok. patah balik pulak, ikut jalan nk ke stadium. elok2 kita sampai di jeti batu kawan tu pkl 1.05. ummi punya la frust sbb nmpk bot dh jalan. hancur luluh hati ummi time tu. tapi sib baik baiklah ayah tak patah balik..turun gak ke jeti nk survey tiket. alkisahnya hari minggu, bot sentiasa ada ikut keperluan penumpang. hehehe...hati ummi berbunga kembali. terus rasa semangat nk teruskan perjalanan ke pulau aman. Dlm bot Dekna nk terbang ke tu?  Buat apa la si kecik tu  Hero ummi Kt sini boleh kutip siput Mr Hubby seronok sungguh anak2 ummi masa naik bot. maklumla first time experience. sblm ni rsnya tak pernah

Mengurus Dunia?

Siapa yg mengurus dunia? kita semua adalah pengurus dunia. mcm biasa ummi tak lepaskan peluang tonton rancangan halaqah mlm td. tajuk kali ni ialah mengurus dunia. insyaAllah ummi akn usaha supaya apa yg ummi uruskan atas muka bumi Allah ini, sesibuk mana pun 'tugas' ummi di rumah dan di pejabat...segala2nya adalah atas niat kerana Allah. Semoga Allah memberkati rezeki yg ummi cari utk ank2 ummi. sememangnya aku adalah hambaMu yg terlalu lemah dan selalu lalai dengan nikmat di atas dunia pinjamanMu ini ya Allah...

Jauhnya perjalanan hari minggu kita @ W24

Image
Sunyinya opis ummi hari ni. minggu ni adalah minggu kursus sedunia! heheh. ummi pun ada seminar start esok sampai hari khamis. huhu..sedey. nk pegi seminar pun sedih? takdelah..nk ke seminar tu ok je..takde feeling apa2 pun. tapi adalah satu sebab musabab yg buatkan ummi rs 'tak berapa best' nk ke seminar di Hotel Equatorial esok. hahah. syhh!! mcm biasa hari isnin ummi akn coretkan aktiviti family kita last weekend. bukanke masa weekend je ummi boleh spend banyak masa ngan family? nk dibandingkan ngan weekdays...berapa jam je ummi dpt jumpa anak2..nk bergolek ngan anak2..so bg ummi weekend adalah waktu yg sgttt bernilai. biarpun kdg2 ms weekend kita cuma habiskan masa di rumah je. selalunya kalau tak kemana2 leh la ummi masak2 ke..bwk anak2 ke playground ke..mcm2 gak leh buat! ok..last weekend punya aktiviti agak padat. hari sabtu, dalam pukul 11.30 pg kita bertolak ke kuala kangsar, nk ke kg talang masjid. hehheeh..ummi takleh dgr nama kg nih. masa ummi sekolah menengah dul

Happy 4th B'Day Dekna!!

Image
Dah besar anak ummi sorang nih...dh 4 tahun rupanya dia. sekarang dekna ngah sekolah tadika di pasti al munir. sian dekna...kecik lagi ummi dh hantar g skolah. tapi kalau dekna kat rumah ngan raymee..mesti tak larat tok nk kepung dua orang nih. 4 tahun yg lalu...dlm pukul 5 petang ummi pegi 'menyerah diri' di hospital kulim. dekna langsung tak tunjuk tanda2 nk keluar dr perut ummi walaupun dah lebih 7 hari dr tarikh jangkaan. ummi pergi dgn berat hati...sebab ummi dh ada pengalaman induce ms melahirkan kakak. huhu..anak2 ummi semua suka duduk dlm pewot ummi lama2 ek..tak mau keluar tgk dunia lagi.. dh menyerah diri di hospital mcm biasa..ummi diproses dan di induce. tak sampai 2 jam lepas induce, ummi dh rasa contraction...memulas2 perut ummi tapi ummi releks lagi sbbnya dlm fikiran ummi..takkan cepat sgt induce terus nk bersalin kot? ummi dok gelisah atas katil. pusing kiri tak kena, ke kanan lagi tak kena. kakak sebelah katil ummi suh ummi bgtau nurse kalau dh sakit takut2

Hari Derma Darah Sedunia

Image
14 Jun ialah Hari Derma Darah Sedunia! mcm biasa radio hot fm atau sinar fm akn menjadi teman setia ummi otw nk dtg atau balik keje. so pg td dlm hotfmlah ummi tau yg hari ni adalah hari derma darah sedunia. taktaula apa istimewanya kalau pergi derma darah hari ni..ummi pernah derma darah sekali je sepanjang hayat ummi sampai hari ini..hehehe. rsnya ayah pun sama kot. ms tu ummi ngan ayah ngah ikuti program  matriks usm di seratas. mmgla berdebar2 jugak ms nk derma darah tu sebab takde pengalaman lg sblm tu. yg ummi ingat lepas derma darah ..esoknya tangan rs lemah sgt. badan pun rs letih. tapi takde lah letih sampai tak boleh bergerak cuma rs tak bermaya drpd biasa. antara mitos yg selalu kita dgr ialah kalau derma darah ni badan akn cepat naik. so pg td aderla sorg doktor call hofm dan doktor tu bgtau sebenarnya 72 jam lepas derma darah, penderma akn rs lapar. time tu selera mkn akn bertambah. so penderma kenala jaga pemakanan supaya takderla makan terlebih2 sampai naik badan pulak.

Tamat sudah..

Image
Apa yg dh tamat? hehehe...cuti sekolah la...hari ni anak2 ummi dh start sekolah. pagi td risau gak ummi kakak ngan dekna susah nk bangun awal sebab dh 2 minggu sedap tido sampai kol 9-10 gitu. tp jangkaan ummi tersasar kali ni..kakak ngan dekna bangun mcm biasa. ceria di awal pagi. seronok nk ke sekolah..maklumler dh 2 minggu bercuti. tgh2 sibuk bersiap..taraaaaaaaa..hero ummi pun bangun sekali! iskk...si kecik ni pun senang sungguh tukar mood bangun awal! dh bangun tuh nangis la nk ikut ummi ngan ayah g keja. sian raymee...tak boleh ikut sayang..ummi pi keje bukan pi jalan2! hehe.. apa kita buat last weekend ek..kita dok umah je minggu nih. dh sakan bercuti masa minggu pertama skol holidays tu..kali ni kita lepak rumah jelah. maklumler poket ummi pun makin tipis tgh2 bulan nih. hahhaa. petang sabtu tu ayah bwk kita g jalan2 kt sungai kerian. sempatla ayah snap pic anak2 ummi..dh lama anak2 ummi tak berposing. dh siap posing sempatla main kt playground..tp kejap jelah sebab dh maghrib

Nak Memulakan Tabiat Baru?

Ummi nak berkongsi tips memulakan tabiat baru yg diberi oleh Peg. Psikologi di tempat keje ummi.. Kajian membuktikan yang setiap tabiat baru dapat dikekalkan selepas amalan selama 21 hari. Jika anda memulakan suatu tabiat baru, (contoh : berhenti merokok, mula bersenam) jangan beritahu diri anda( minda sedar) bahawa anda terpaksa lakukan perubahan itu seumur hidup tetapi anda hanya perlu lakukan perubahan itu selama 21 hari. Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan ini perlu dilakukan seumur hidup, banyak perkara yang anda pertimbangkan dan kebiasaanya membawa kepada perasaan ragu-ragu. Perasaan ragu-ragu ini selalunya merencatkan setiap tindakan yang anda akan ambil. Selepas 21 hari, tabiat baru dan rutin baru akan terbentuk dan minda sedar anda akan dapat membuat pertimbangan yang lebih jelas dan wajar. Jadi mulai esok, jika ada perubahan yang perlu anda lakukan, cuba secara istiqamah selama 21 hari. Dan lihat sendiri hasilnya. Kita buat, kita dapat..:) so selamat mencu

Halaqah siaran 07.06.11

Lepas lipat kain malam tadi ummi golek2 depan tv...main tekan je channel nk tgk rancangan apa yg menarik dan at last ummi decide nak tgk halaqah @ tv9. tajuk yang dikupas malam tadi agak menarik iaitu '5 minit aje'. rupa2nya isu yg dibincangkan ialah tentang perhatian ibu bapa zaman sekarang terhadap anak2, tentang kasih sayang yang tidak dapat dikecapi oleh anak2, tentang kesibukan luar biasa yg dialami oleh ibu bapa zaman sekarang dalam mengejar duniawi hingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak2. ya Allah...sepanjang ummi tgk rancangan ni ummi tak dapat bayangkan betapa besarnya cabaran ummi dan ayah pd ms akn datang. bila anak2 ummi semakin membesar dan anak2 ummi terpaksa mengharungi kehidupan yang serba mencabar dalam dunia hari ini. kakak tanya.. knp ummi mcm sedih? knp org dlm tv tu sedih ummi? dia cakap apa ummi? anakku sayang...ummi mmg sedih..sedih kalau ummi tergolong antara ibu bapa zaman sekarang yang terlalu mengejar duniawi hingga hilang perhatian te

Kembali ke rutin biasa

Ummi dah start keje hari ni..huhuhu. rasa kejap je cuti seminggu. tinggal lagi seminggu je cuti sek. masa cuti nih mcm biasa banyak la kenduri kawen..kadang2 selang 3-4 bijik rumah ada kenduri lain pulak. iskk...boleh pulak wat kenduri sekampung serentak kan? seingat ummi...kt kampung2 nih cukup dijaga rukun tetangganya. nk adakan kenduri kawen serentak dlm sehari mmg tak boleh. tu sebabnya dulu ummi tak dpt nk adakan majlis kawen ms besday ummi sebab dah ada jiran yg 'chop' tarikh tu dan tulis siap2 kat board kt surau. ehehhe...alih2nya ummi buatla seminggu awal dr besday..huhuhu. sedey tau ms tu! puas sungguh kita bercuti kali nih. pegi kenduri umah opismate2 ummi  dan lepas tu kita balik umah tok ma di krai. awalnya cuma family kita dan auntie tini je yg balik. pastu hari khamis sampai pulak family uncle pendi dan uncle ndar. penuh umah tok ma ngan cucu2 sepuluh orang. dah lama jugak kakak, dekna ngan raymee tak jumpa sepupu2 diorg nih. sakan la yg main kejar2, main menyoro